Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 3
27 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 3 bertajuk “Asas Kesuburan Tanah” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.
Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 3 adalah berkaitan topik Kesuburan tanah, Kapasiti tanah untuk membekalkan kuantiti dan bahagian unsur kimia atau nutrien penting dan air yang mencukupi untuk pertumbuhan tanaman tertentu yang optimum yang diatur oleh sifat kimia, fizikal dan biologi tanah, unsur kimia untuk pemakanan tumbuhan, isipadu tanah yang mencukupi untuk pengembangan akar tanaman, air dan udara untuk pengembangan dan pertumbuhan akar serta pengakaran untuk struktur tanaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: